Search
Close this search box.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Foto: Warisan.

Warisan sokong gabungan PH dan BN

KOTA KINABALU, 22 Nov: Parti Warisan (Warisan) menyokong pembentukan kerajaan melalui gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan berkata, PH dan BN disokong sebagai gabungan yang memperoleh jumlah kerusi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU-15)

“Sokongan diberikan kepada PH dan BN kerana kedua-duanya mempunyai bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan.

“Majoriti rakyat telah mengundi PH dan BN, justeru, kedua duanya harus diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan.

“Sokongan ini juga atas alasan bahawa Kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya hari ini.

Shafie turut berkata, bahawa parti Warisan berharap PH bersama BN dapat memperoleh rakan kongsi yang membolehkan pembentukan kerajaan persekutuan seterusnya membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam status akaun facebooknya berkata, BN tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan PH walau apa yang jadi sekalipun.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah buat keputusan bahawa kita tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan