Search
Close this search box.
Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus)semasa pembentangan RUU di DUN, hari ini. Foto: TVS

DUN Sarawak: Pendigitalan jadikan perkhidmatan awam Sarawak cekap, efisien

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 22 Nov: Penggunaan elektronik dan digital untuk memudahkan aktiviti sektor perkhidmatan awam diterajui oleh Kerajaan Sarawak adalah mustahak untuk pentadbiran negeri yang cekap dan efisien.

Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) berkata demikian ketika menyokong cadangan Rang Undang-Undang Aktiviti Kerajaan Sarawak Elektronik 2022  menyifatkan pengenalan Rang Undang-Undang tersebut adalah tepat pada masanya.

“Dengan ekonomi digital (DE), ia dijangka menyumbang 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak menjelang 2025 dan sudah tiba masanya kita mempunyai Rang Undang-undang Aktiviti Kerajaan Sarawak Elektronik 2022 kita sendiri untuk memudahkan tadbir urus Kerajaan Sarawak kita berjalan lancar.

“Usaha holistik kami ke arah mewujudkan kesediaan terbukti dalam program kesedaran berterusan di bawah Digital Village dan keterangkuman digital yang menyasarkan kawasan luar bandar, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Sudah tiba masanya kita bergerak ke hadapan dan menggunakan sepenuhnya kepentingan teknologi dalam pentadbiran dan aktiviti kerajaan Sarawak,” katanya semasa pembentangan RUU pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri akan berganding bahu dengan kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Penyelidikan untuk membina modal insan celik IT dalam kalangan orang muda.

“Sehubungan itu, Sarawak telah memperuntukkan bajet yang besar untuk menaik taraf infrastruktur digitalnya bagi membolehkan perkhidmatan pantas dan cekap disediakan di semua peringkat negeri,” katanya.

Walaupun topografi dan penduduk Sarawak masih menjadi cabaran kepada sambungan internet, Wilson berkata, ia adalah cabaran yang mampu ditangani oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melalui usaha beliau dalam melaksanakan dan menambah baik infrastruktur di kawasan luar bandar.

“Ini termasuk RM1 bilion yang telah diperuntukkan untuk membina infrastruktur digital, penyusunan strategi ekonomi digital dan pewujudan badan kawal selia yang dipanggil Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) antara lain,” tambahnya lagi.

Wilson seterusnya berkata, bahawa pembayaran elektronik untuk kecekapan ekonomi yang lebih tinggi adalah salah satu daripada sembilan bidang tumpuan di bawah pelan tindakan Malaysia untuk memacu peralihan Sarawak ke arah rakyat berpendapatan tinggi.

“Pembayaran elektronik dengan perlindungan yang mencukupi memelihara kestabilan ke arah mencapai Wawasan Sarawak 2030 yang dibangunkan, seperti yang sering diperkatakan oleh Premier kita.

“Kestabilan politik di Sarawak dan usaha ke arah tadbir urus yang baik, sumber yang banyak dan potensi tenaga yang boleh diperbaharui serta lokasi strategik Sarawak di tengah-tengah Asia, adalah perkara yang kami mesti manfaatkan untuk meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat Sarawak,” jelasnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan