Search
Close this search box.
Poster program Life, Recycled bagi Episod 1 menunjukkan kitar semula minyak masak. Foto: Life, Recycled

TVS siar program Pitch-It mengenai kitar semula ‘Life, Recycled’ esok

ByNina Azman

KUCHING, 21 Nov: Pitch-It Siri 2/2022 bakal kembali ke TVS untuk mendorong bakat-bakat tempatan menyampaikan idea kreatif dan menghiburkan.

Sambutan yang baik daripada pemain industri kreatif dalam sesi Pitch-It Siri 1/2022 yang lepas telah mendorong TVS untuk menganjurkan siri 2/2022 yang bakal disiarkan bermula 22 November (Selasa) yang bertajuk “Life, Recycled”.

Pengarah rancangan Pitch-It, Chong Kwong Chun berkata ini adalah peluang yang baik untuk mengembangkan industri filem tempatan.

“Rancangan yang bertajuk “Life, Recycled” ini bertujuan untuk menekankan kepentingan alam sekitar dengan menggalakkan kitar semula. Ia turut menunjukkan kesuluruhan proses kitar semula plastik, kertas, sisa organik dan sebagainya,” katanya.

Kami berharap agar rancangan ini mampu menggalak lebih ramai bakat tempatan untuk menyediakan kandungan yang berunsur inspirasi” katanya.

Kategori yang disenaraikan dalam Pitch-It adalah dokumentari, majalah, program realiti, siri drama, telemovie dan filem pendek. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan