Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan Ketua UMNO Bahagian yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) petang ini menolak kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Kumpulan Ketua UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan PH bentuk kerajaan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Sekumpulan Ketua UMNO Bahagian yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) petang ini menolak kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani berkata, keputusan mereka sejajar dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO yang memutuskan ‘No Anwar, No DAP’.

“Sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan gabungan atau parti lain juga perlu merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian.

“Presiden (UMNO) tidak boleh pandai – pandai, keputusan itu tidak betul,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas berlaku pertemuan melibatkan pemimpin PH dan BN di sini pagi tadi.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN tidak pernah berbincang untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) malah memberi amaran kepada Ahli Parlimen BN yang mendatangani surat akuan bersumpah menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Sementara itu, Yahya berkata, mereka juga menyeru Ahmad Zahid supaya berlapang dada dan mengundur diri daripada terus menerajui parti itu.

“UMNO dan BN perlu berada di blok pembangkang.PN kita tak nak, PH kita tak nak.

“Apa salahnya jadi pembangkang lima tahun, parti lain boleh jadi pembangkang sampai 60 tahun,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan