Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan Sultan Hassanal Bolkiah, julung kali selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lepas. Foto Bernama.

Anwar harap kerjasama parti di Sabah dan Sarawak bentuk kerajaan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Pakatan Harapan (PH) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak ke arah pembentukan Kerajaan Persekutuan yang lebih stabil.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), penyertaan gabungan politik dari Borneo itu sangat juga diperlukan.

“Sudah tentu. Kita tidak akan mengenepikan sesiapa,” kata Anwar dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar mengesahkan PH telah berunding dengan BN hari ini ke arah pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Sebelum ini, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, mereka memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

Pada PRU-15, GPS menang 22 kerusi parlimen dan keputusan itu menjadikan gabungan empat parti tempatan di Sarawak itu menjadi buruan parti – parti politik di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.

Hari ini pengundian bagi kerusi Parlimen Baram pada PRU-15 yang digantung sebelum ini ekoran masalah cuaca berlangsung dan GPS dijangka akan menambah satu lagi kerusi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan