Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis (empat, kiri) tiba untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Mengundi Madrasah Manbail Ulum semalam. Foto Bernama.

Zahid Hamidi menang ‘nyawa nyawa ikan’, terima tekanan berundur

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya dengan majoriti sangat tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.

Berdasarkan keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerima 16,578 undi di kerusi yang disandangnya sejak 1995.

Jumlah itu menyaksikan Ahmad Zahid hanya menang dengan kelebihan 348 undi ke atas pencabar terdekatnya, Datuk Seri Shamsul Iskandar yang ditampilkan Pakatan Harapan (PH).

Shamsul Iskandar yang digelar giant killer memberi saingan sengit apabila menerima 16,230 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Dr Faiz Na’aman dengan 8,822 undi.

Sementara itu percubaan calon bebas, Tawfiq Tun Dr Ismail bertanding di kerusi panas itu turut berakhir dengan kekalahan besar apabila sekadar diundi oleh 226 pemilih.

Ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid mula menerima tekanan dalaman parti apabila ‘disaran’ melepaskan jawatannya oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu bercakap kepada Bernama TV awal pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, beliau menerima hakikat pengundi telah membuat keputusan dan perlu dihormati.

Katanya, kemenangan atau kekalahan merupakan lumrah dalam politik.

“Kadang di atas, kadang di bawah (ahli politik) terpaksa hadapi gelombang yang pelbagai,”katanya.

Kepada soalan beliau dipersalahkan atas prestasi buruk BN, Ahmad Zahid berkata, ketika mereka tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pengerusi BN ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipersalahkan.

Pada 2018, Ahmad Zahid menang kerusi berkenaan dengan majoriti 5,073 undi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan