Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat. Foto Bernama.

TERKINI: Muhyiddin sahkan miliki cukup sokongan jadi PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau memiliki sokongan mencukupi termasuk daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menjadi Perdana Menteri.

Perkembangan ini kata Muhyiddin membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain GPS, ujar Muhyiddin beliau turut menerima sokongan daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya telah melaporkan kepada Majlis Tertinggi PN yang saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Abang Johari telah memaklumkan wakil GPS memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau turut menerima sokongan daripada beberapa orang Ahli Parlimen yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan