Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto TVS

RASMI: Nurul Izzah tumbang di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM, 19 Nov: Kejutan berlaku di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila penyandangnya, Nurul Izzah Anwar gagal mempertahankan kawasan tradisinya keluarganya.

Berdasarkan keputusan rasmi, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tewas dengan majoriti 5,272 undi kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mohd. Jan.

Muhammad Fawwaz meraih 37,638 undi manakala Nurul Izzah dengan 32,266 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Said pula menerima 16,971 undi dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd. Nasir Othman hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 473 undi.

Pada PRU-14, Nurul Izzah mewakili PKR menang dengan majoriti 15,668 undi selepas memperolehi 35,634 undi menewaskan calon BN, Mohd. Zaidi (19,886) dan Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudeen (14,428 undi). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan