Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang-pemenang pertandingan dalam majlis penyampaian hadiah di MBKS bersama Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng.

Kuching, bandar pertama sokong inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak UNICEF

BySuara Sarawak

KUCHING, 20 Nov: Kuching tampil sebagai bandar pertama di Sarawak yang menyokong penuh kepada usaha inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFCI) Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengiktirafan ini susulan penganjuran pertandingan reka bentuk poster CFCI sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang melibatkan seramai 108 kanak-kanak dari seluruh sekolah rendah bahagian Kuching.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng berkata, usaha ini bagi memperkenalkan dan mengiktiraf penyertaan secara aktif kanak-kanak sekali gus sebagai membina bandar dan komuniti mesra kanak-kanak di seluruh dunia.

“Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat dan mendengar apa impian dan harapan kanak-kanak dalam membina bandar mesra kanak-kanak.

“Menerusi pertandingan ini kita akan mendapat peluang untuk meningkatkan kesadaran kepada orang awam mengenai penglibatan kerja mengubah suai bandar dan komuniti dalam melindungi kanak-kanak dan hak mereka, serta menyediakan persekitaran selamat untuk kehidupan berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program di Dewan MBKS, di sini, hari ini.

Menurut Hong Seng, MBKS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UNICEF di Malaysia mengenai CFCI berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak pada 27 Oktober 2022.

Majlis diteruskan dengan penyerahan hadiah kepada pemenang-pemenang dimulai dengan seramai 25 murid-murid menerima hadiah selaku pemenang sagu hati dengan menerima wang tunai RM30, trofi dan juga sijil.

Juara dimenangi oleh wakil Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Stampin, Low Ei Tong yang membawa hadiah wang tunai bernilai RM250, trofi dan juga sijil diikuti naib juara oleh wakil Sekolah St Joseph’s Jarrel Chong Yan Shen dengan membawa balik hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil dan trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh SJK C Chung Hua Nombor 3, Owen Sim Jia Chun yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150, trofi dan juga sijil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan