Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di ibu pejabat PBB. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

GPS mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri

KUCHING, 20 Nov: Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pilihan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai calon Perdana Menteri, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Pengerusi GPS itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merupakan pilihan GPS namun begitu Yang di-Pertuan Agong akan memutuskan perkara berkenaan.

“Perdana Menteri akan diputuskan Yang di-Pertuan Agong, pilihan GPS kita mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, “ jelasnya.

Premier Sarawak itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan >>>>> Terkini: GPS kerjasama bersama PN, BN dan GRS bentuk kerajaan baharu

Dalam pada itu, ketika disoal sama ada turut mengadakan perjumpaan bersama Presiden Pakatan Harapan (PH), Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini, beliau memaklumkan ada menerima mesej daripada Anwar, namun menafikan berjumpa dengannya pagi tadi.

“ Semua orang ingin berjumpa saya, dia salah seorangnya, namun tidak betul saya berjumpanya pagi ini, dia ada hantar mesej, “ katanya.

Selain itu, ketika ditanya pemberita mengenai kebarangkalian GPS diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Abang Johari enggan memberi tumpuan mengenainya kerana bagi beliau ia bukan perkara paling penting buat masa ini.

“Perkara rakyat lebih penting, bukan kita sibuk nak jadi TPM, GPS kita utamakan rakyat, kita utamakan kepentingan Sarawak, itu pendirian kita, “ ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan GPS memenangi 22 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan