Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin dan Datin Yee Chooi Lin mengundi di SRB Chung Hua Batu 15 dalam Parlimen Puncak Borneo pada jam 8:33 pagi, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS).

PRU-15: Willie Mongin cemas seketika tidak dapat cari kad pengenalan

ByHafeezzur Muzamir

PUNCAK BORNEO, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin cemas seketika apabila kad pengenalannya tidak dijumpai ketika hadir di pusat pengundian di Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua Batu 15 Jalan Penrissen pada hari ini.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi berkenaan, tiba pada pukul 8:33 pagi bersama isterinya, Datin Yee Chooi Ling, tidak dapat mencari kad pengenalannya sebaik sahaja tiba di kaunter pendaftaran.

“Pada awalnya saya tidak menjumpainya setelah mencarinya dalam beg dompet dan poket. Saya sedikit panik tetapi akhirnya menjumpainya dalam dompet yang ia terselit di belakang kertas,“ katanya ketika ditemui.

Setelah menjumpainya, beliau dibenarkan untuk membuang undi dan selesai melakukannya pada pukul 8:40 pagi.

Parlimen Puncak Borneo yang mempunyai jumlah pemilih seramai 79,969 menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Willie Mongin, Diog Dios daripada Pakatan Harapan (PH) dan Iana Akam daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan