Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang selesai membuang undi di SK Merpati Jepang, Kuching. Turut hadir, Calon GPS P.194 Petra Jaya, Dato' Sri Fadillah Yusof. Foto Ahmad Burhanuddin (TVS).

PRU-15: Proses berkempen di Sarawak lancar – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Nov: Proses berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Sarawak berjalan dengan lancar sepanjang tempoh 14 hari yang lalu.

Berpuas hati melihat situasi kempen di seluruh negeri, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui, perpaduan yang dimiliki oleh rakyat di Sarawak amat baik dan mereka telah mempunyai pilihan bagi pengundian pada hari ini.

“Saya berharap selepas PRU-15 ini, negara kita akan aman dan mempunyai kerajaan yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, Kuching, pagi tadi.

Abang Johari serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di perkarangan SK Merpati Jepang pada jam 9.22 pagi dan selesai membuang undi sekitar jam 9:29 pagi di saluran 1 pusat mengundi tersebut.

Turut kelihatan, beliau juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai sebelum memasuki pusat pengundian.

Sementara itu, Abang Johari menyeru rakyat Sarawak untuk turun mengundi pada sebelah pagi memandangkan cuaca masih dalam keadaan baik dan berjalan lancar.

Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Petra Jaya adalah seramai 109,809 pengundi merangkumi pengundi lelaki berjumlah 53,847 manakala pengundi perempuan berjumlah 55,962 pengundi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan