Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis buka 28 kertas siasatan pelbagai kesalahan berkaitan PRU-15

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 28 kertas siasatan melibatkan pelbagai kes kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di seluruh negara, semalam.

Pengarah Operasi PRU_15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, lima kertas siasatan di Kedah, Johor (empat), Pahang (empat), Sabah (tiga), Selangor (tiga), Kuala Lumpur (dua), Kelantan (dua) manakala Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang masing-masing satu kertas siasatan.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata, PDRM turut menahan seorang wanita di Kota Setar, Kedah kerana disyaki mencabut bendera parti politik yang dipasang di atas jambatan Alor Semadom.

Selain itu, PDRM turut mengeluarkan sebanyak 1,907 permit ceramah PRU15 semalam, katanya dalam kenyataan hari ini.

Permit berkenaan melibatkan 312 permit di Sabah, Sarawak (271), Perak (188), Johor (172), Kedah (149), Kelantan (147), Selangor (142), Terengganu (141), Pahang (126), Negeri Sembilan (90), Melaka (67), Pulau Pinang (48), Perlis (28) dan Kuala Lumpur (26). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan