Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto: Yusuf (TVS)

PRU-15: Sarawak harus punyai lapan menteri penuh – Nanta

ByYusuf Shukri

MUKAH, 16 Nov: Sarawak harus mempunyai lapan pewakilan menteri penuh di dalam barisan jemaah menteri di peringkat persekutuan, kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Keputusan tersebut bagi memastikan kelangsungan pembangunan yang diperlukan negeri ini agar dapat diteruskan di samping mempraktikkan hak-hak Sarawak yang telah lama terhakis sama ada secara sengaja atau tidak.

“Jika kita mempunyai pewakilan yang lebih besar, kita mempunyai suara yang lebih besar dalam mencadangkan sesuatu dasar baru untuk jangka masa panjang dan pendek negeri ini,” tegasnya.

Menutrut Nanta lagi sekiranya ada sesetengah pihak yang mencadangkan sesuatu pindaan dasar yang boleh menjejaskan kepentingan Sarawak, barisan perwakilan dari negeri ini akan dapat mengelak daripada dilaksanakan.

“Disebabkan itulah, penting untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) itu berkata demikian pada Majlis Segulai Sejalai yang diadakan di Dewan Masyarakat Balingian, di sini, pada Rabu.

Nanta yang juga calon GPS bagi parlimen P.215 Kapit menambah, wakil GPS di dalam kabinet menteri persekutuan tidak lantang suara di dalam Dewan Rakyat adalah kerana beberapa sebab.

“Apabila kami dilantik sebagai menteri penuh atau timbalan menteri, kami tidak dibenarkan untuk bersuara untuk kawasan seperti ahli-ahli parlimen (MP) yang biasa.

“Secara mata kasarnya, ia menampakkan kami tidak bersuara. Ini bukanlah realitinya seperti yang dituduh pihak pembangkang,” ujarnya.

Namun Nanta mendedahkan lagi sebelum ini di dalam Dewan Rakyat, mereka hanya boleh menjawab pertanyaan yang diusulkan oleh Ahli Parlimen lain sahaja.

“Manakala di luar Dewan Rakyat, hakikatnya, kami mempunyai kelebihan kerana permasalahan di kawasan boleh ditangani secara langsung.

“Ini terbukti apabila projek-projek yang dilaksanakan di kawasan parlimen berjaya disiapkan untuk manfaat rakyat di kawasan tersebut,” tambah Nanta lagi.

Nanta akan mempertandingkan kerusi P.215 Kapit iaitu terdapat 45,062 pengundi layak kali ini.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan