Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yunadia, Afif Tenor, Austin dan Megawati antara peserta Getaran Jiwa minggu kelima.

Getaran Jiwa: BBNU dan pejuang Pancreatitis berebut tempat ke separuh akhir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Nov: Setelah empat minggu bersiaran, Getaran Jiwa tiba pada pusingan pemilihan akhir menyaksikan lapan orang peserta sekali lagi bersaing untuk merebut tempat separuh akhir.

Program terbitan TVS pada minggu ini bakal menyaksikan penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) dan pejuang Pancreatitis mengegarkan pentas Getaran Jiwa.

Selain berdarah kacukan Melayu, Cina dan India, peserta termuda bagi minggu kelima, Syazreen Yunadia Mazlan,21, merupakan seorang BBNU dalam industri dan mempunyai single sendiri berjudul ‘Cha Cha Cinta’.

“Harapan saya dalam Getaran Jiwa ini tidak lain dan tidak bukan untuk menggunakan platform pentas dalam menonjolkan bakat dan kebolehan nyanyian saya kepada semua.

“Saya harap peserta lain akan melakukan persembahan yang terbaik,” katanya ketika ditemubual TVS pada Rabu.

Yunadia merupakan peserta dari Perak dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu Bahasa Inggeris

Pernah menghidapi penyakit kronik pancreatitis pada usia 12 hingga 18 tahun, Austin Carlos Bos,22, berharap dapat mara ke peringkat seterusnya dan mendapat undian daripada para penonton.

“Harapan saya agar boleh mara ke peringkat akhir dan saya juga berharap agar yang lain boleh mengundi saya,” katanya.

Bagi Mohammed Afif Amier Mohammad Tenor ,33, penyanyi dan penulis lagu ini juga berhasrat untuk mara ke peringkat seterusnya dan mengembangkan bakat yang ada.

“Harapan saya dalam Getaran Jiwa ini adalah untuk mara ke peringkat seterusnya dan menggunakan platform pentas ini untuk mengembangkan bakat saya,” ujarnya.

Migarjawati Tali ,44, yang bekerja sendiri dan pertama kali mengikuti program realiti mengakui platform pentas ini membuka pintu kepadanya untuk terjun ke bidang hiburan seperti lakonan selain nyanyian.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai program realiti TV dan saya berharap melalui platform ini, saya boleh menceburi lebih mendalam bidang nyanyian dan lakonan,” katanya.

Terdahulu minggu keempat menyaksikan Nadhar Idruze dan Akeem Hidayat mara ke peringkat akhir.

Sementara juri jemputan pada minggu ini ialah penyanyi terkenal tanah air Zarul Umbrella.

Getaran Jiwa bakal berlangsung di Stadium MBKS Bintawa pada setiap jumaat jam 8:45 malam dan bersiaran secara langsung di TVS salurran 122 Astro dan MYTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan