Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BERCAKAP… Abang Johari pada program Untukmu Malaysia “Stabil, Maju dan Makmur” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Kuching, malam tadi. FOTO: RAMIDI SUARA SARAWAK

PRU-15: Ajar golongan muda subjek MA63, ICG

BySuara Sarawak

KUCHING, 17 Nov: Subjek berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) perlu dipelajari oleh anak Malaysia terutamanya bagi pelajar jurusan undang-undang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut penting kerana kebanyakan golongan muda kini kurang mendapat pendedahan mengenai MA63 dan IGC.

“Ramai dalam kalangan anak muda kini kurang memahami bagaimana pembentukan Malaysia, ini kerana mereka tidak didedahkan dengan perkara tersebut. Disebabkan itu juga kita mempunyai masalah dengan MA63.

“Justeru, penting untuk anak Malaysia khususnya golongan muda mempelajari subjek berkaitan MA63 dan IGC kerana ia adalah dokumen yang penting untuk memahami bagaimana negara kita ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program temu bual Untukmu Malaysia “Stabil, Maju dan Makmur” di Auditorium P.Ramlee di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, dekat sini, malam tadi.

Tambahnya, beliau juga percaya bahawa pemahaman berhubung MA63 dan IGC akan meningkatkan integrasi nasional dan menyemai sentimen perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak sememangnya berhasrat untuk memberikan pendidikan percuma dari peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat tinggi.

“Kita mempunyai bajet dan pendapatan yang baik. Minggu hadapan Sarawak akan membentangkan satu undang-undang bagi menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat. Ia juga akan menjadi pelaburan masa hadapan kita,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan