Search
Close this search box.
Laporan terkini Monsun Timur Laut oleh JPBNS.

28 kawasan di Sarawak dikenal pasti terjejas banjir

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 17 Nov: Sebanyak 28 kawasan di seluruh negeri merangkumi Bahagian Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang dikenal pasti terjejas banjir.

Laporan terkini Monsun Timur Laut yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 11 pagi tadi mencatatkan kawasan terjejas di Bahagaian Sibu meliputi Jalan Nanga Tajan Lorong 4, RH Damat Nanga Tabau dan Jalan utama menuju ke Ensura, Tabalong, Alat dan Nanga Tamin.

Bagi Bahagian Bintulu pula melibatkan lapan kawasan iaitu Kampung Kemunting, Gem Park, Kampung Asyakirin, RH Banyang Batu 8 Jalan Bintulu-Miri, Kampung Setinggan Sungai Sibiew, Kampung Baru, Desa Damai dan Bukit Orang.

Laporan juga mencatatkan 14 kawasan di Miri terjejas termasuk SK Kuala Bok, SK Long Boyang, SK Long Teru, Klinik Kesihatan Long Teru Tinjar, serta tujuh rumah panjang setempat dan tiga buah kampung.

Selain itu, laporan juga memberitahu setakat ini satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan menempatkan seramai 132 mangsa banjir di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang.

Sementara pemantauan bagi kawasan berisiko banjir dan terjejas seperti Asajaya, Serian dan Sri Aman turut dijalankan ketika ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan