Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: TVS

GPS tekan pembangunan jangka panjang, tidak mengenepikan rakyat

TANJUNG MANIS, 16 Nov: Pentadbiran negeri Sarawak di bawah pimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi penekanan kepada pembangunan jangka panjang dengan tidak mengenepikan kepentingan rakyat.

Langkah itu amat penting bagi menentukan hala tuju negeri agar Sarawak terus membangun dalam segenap aspek.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, tadbir urus yang cekap, berintegriti dan berprestasi tinggi adalah tunjang utama bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Syukur alhamdulillah, kita mempunyai pemimpin yang berjiwa besar, yang terus memperjuangkan kita, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Walaupun kita bergelut dengan Petronas di mahkamah namun akhirnya Petronas bersetuju untuk membayar cukai jualan terhadap Petroleum kita dan ia telah meningkatkan pendapatan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pentadbiran Bangunan Pentadbiran Kerajaan di Tanjung Manis semalam

Beliau berkata, kestabilan pentadbiran kerajaan GPS membolehkan pelbagai agenda pembangunan dapat dilaksanakan.

Ia termasuklah mempertingkatkan usaha bagi memperkasakan potensi dan keupayaan Tanjung Manis sebagai pusat pertumbuhan ekonomi di kawasan tengah Sarawak.

“Tanjung Manis ini mempunyai potensi yang begitu besar, bukan sahaja kawasan ini dapat dibangunkan tetapi ia akan dapat menjadi salah satu pusat pertumbuhan pembangunan lebih-lebih lagi di kawasan sekitar coastal belt central park of Sarawak ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemberian pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat membuktikan kerajaan terus komited untuk membela nasib mereka.

Beliau berkata, pemberian dan bantuan berterusan kepada semua lapisan rakyat itu juga menunjukkan ekonomi Sarawak terus kukuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan