Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto: FB Alexander Nanta Linggi.

PRU-15: Alexander sangkal dakwaan Soon Koh

ByFebbright James

KAPIT, 14 Nov: Setiausaha Agong Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyangkal dakwaan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh yang mengatakan pendiriannya dan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercanggah berkaitan potensi kolaborasi GPS dengan parti persekutuan.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, Soon Koh mendakwa pengerusi GPS telah membuat kenyataan bahawa parti itu tidak membenarkan politik Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak, sementara Nanta memaklumkan tidak menolak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kestabilan negara.

“Pengakuan Soon Koh yang keliru dengan kenyataan saya dan Premier Sarawak tentang kerjasama dengan mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia jelas menunjukkan beliau tidak relevan lagi. Dalam pelbagai temubual bersama media sebelum ini, saya memaklumkan GPS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang mantap dan stabil.

“Jadi untuk menjadi sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan, GPS perlu bekerjasama dengan parti-parti lain dari Semenanjung Malaysia untuk mencukupkan bilangan 31 kerusi bagi membentuk kerajaan. GPS tidak boleh bersendirian dalam membentuk kerajaan. Perkara ini seharusnya mudah difahami dengan jelas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tegasnya, kenyataan Abang Johari berkaitan tidak membenarkan politik Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak adalah merujuk kepada GPS tidak akan membiarkan aspek dan ciri negatif budaya politik dari parti semenanjung Malaysia menjadi amalan di Sarawak.

“Kita boleh bekerjasama dalam kabinet, pentadbiran dan lain-lain perkara, tetapi GPS akan sentiasa berhati-hati untuk memastikan kepentingan dan hak Sarawak tidak akan terjejas. Jadi adakah Wong Soon Koh masih keliru dengan penjelasan ini? Jika ya, jelas sekali Soon Koh tidak dapat memahami banyak perkara pada ketika ini dan mungkin sudah tiba masanya beliau bersara dan memberi laluan kepada orang muda untuk mengambila alih PSB,” ujarnya.

Selain itu, Nanta turut memaklumkan Sibu amat memerlukan pemimpin politik muda yang mampu mengikut perubahan masa kini serta memahami kehendak penduduk di situ.

Katanya, ketidakupayaan Soon Koh memahami kenyataan ringkas GPS merupakan satu petunjuk jelas bahawa Soon Koh mungkin menghampiri fasa umur yang semakin tua yang mempengaruhi cara pemikiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan