Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang. Foto fail Bernama

Pocket Rocketman tunjuk perkembangan positif

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mempamerkan perkembangan positif selepas kembali beraksi dalam pusingan pembukaan Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) yang berlangsung di  Mallorca, Sepanyol pada Sabtu lalu.

Selepas lama berehat berikutan pembedahan jantung April lepas, “The Pocket Rocketman” mengakhiri acara kegemarannya, keirin di tempat keempat dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Velodrom Illes Ballears.

Azizulhasni membawa pulang pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang merupakan perlumbaan terakhirnya sebelum menjalani pembedahan itu.

Pelumba Australia Matthew Richardson menjuarai perlumbaan itu diikuti rakan senegara Thomas Cornish sementara pelumba Jepun Shinji Nakano di tempat ketiga dalam acara keirin itu.

Hanya dua pelumba teratas dalam tiga saringan berbeza layak ke final.

Juara Dunia  Harrie Lavreysen dari Belanda menjuarai final sementara  Stefan Botticher dari Jerman mengakhiri perlumbaan di tempat kedua dan Richardson di tempat ketiga.

Sementara itu dalam acara pecut, Azizulhasni menamatkan saringan kedua pusingan pertama  di tempat kedua di belakang pelumba Israel Mikhail Yakovlev. Hanya pelumba teratas daripada enam saringan berbeza melangkah ke final.

Richardson mempamerkan kehebatannya dalam acara pecut dengan menewaskan Lavreysen untuk muncul sebagai juara.

Perlumbaan TCL seterusnya akan berlangsung di Berlin, Jerman pada 19 November ini diikuti Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis (26 November) dan dua perlumbaan berturut-turut di London pada 2 dan 3 Disember. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan