Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Centexs Komersial, Shahren Yusri dalam sesi temu bual Malaysia Decides terbitan TVS hari ini. Foto: TVS

CENTEXS Commercial sedia platform fizikal dan digital untuk bantu usahawan Sarawak

KUCHING, 13 Nov: CENTEXS Commercial komited membantu mempromosikan pelbagai produk tempatan menerusi platform fizikal serta secara digital.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri berkata, inisiatif pelbagai platform pengkomersilan utama diwujudkan bertujuan untuk membantu usahawan tempatan di negeri ini.

Sejak penubuhanya pada 4 April 2019 menurut Shahren, fokus CENTEXS Commercial adalah selari dengan misi menjadikan Sarawak kekal di landasan untuk bergelar negeri maju menjelang 2030 seperti dirangka dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

“Antara platform yang disediakan adalah Galeri Songket & Keringkam, Heritage Central Gallery (di dalam bangunan Yayasan Sarawak) dan dua buah lapangan terbang utama di Malaysia,” katanya dalam sesi temu bual Malaysia Decides terbitan TVS, di sini, hari ini.

Shahren menambah, pihaknya turut bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perindustrian Terminal dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan lain-lain.

“Jalinan kerjasama adalah untuk meningkatkan sosioekonomi negeri ini dan juga masyarakat,” ujarnya ketika disoal mengenai bagaimana syarikat komersial berkenaan memperoleh dana bagi menghubungkan usahawan dengan pemberian geran seperti yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini.

Beliau menjelaskan dengan jumlah RM1.7 bilion daripada geran yang tersedia khas merupakan dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk dimanfaatkan peniaga kecil.

Selain itu, katanya, baru-baru ini CENTEXS Commercial turut menjalinkan kerjasama bersama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menyediakan platform bagi memasarkan produk usahawan di lapangan terbang sekali gus membantu merancakkan kegiatan ekonomi domestik.

“Kita turut menyediakan tempat di dua buah lapangan terbang Kuching dan KLIA bagi usahawan menjual produk mereka yang disediakan oleh DDEC setelah mendapat kepercayaan untuk mengumpul produk tempatan untuk dipasarkan,” jelasnya. – TVS

Pengurus Besar Centexs Komersial, Shahren Yusri. Foto: TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan