Search
Close this search box.
Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Sebanyak 94,229 syarikat Sarawak berdaftar dengan SSM setakat akhir Oktober

KUCHING, 12 Nov: Sebanyak 94,229 syarikat dan 3,158 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di Sarawak telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat 31 Okt, 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata angka itu merupakan peningkatan ketara berbanding lima tahun lepas iaitu pertambahan melebihi 100 peratus bagi pendaftaran entiti syarikat dengan 46,628 syarikat diperbadankan.

PLT pula mencatat peningkatan lebih 175 peratus berbanding hanya 1,146 yang didaftarkan bagi tempoh tersebut, katanya.

“Saya yakin angka ini akan bertambah dengan lebih pesat lagi memandangkan Sarawak merupakan negeri terbesar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian bangunan pejabat baharu SSM Sarawak yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Nanta yakin pihak SSM akan meneruskan kajian serta rundingan agar Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dapat dikuatkuasakan di seluruh negara, termasuk di Sarawak.

Langkah itu membolehkan usahawan-usahawan menikmati manfaat dan kelebihan apabila mendaftar dengan SSM seperti perniagaan mereka disenaraikan dalam pangkalan data SSM yang boleh diakses oleh orang ramai, katanya.

Malah, beliau menyifatkan maklumat entiti-entiti perniagaan dalam pangkalan data SSM sebagai amat penting untuk membolehkan kalangan peniaga mengembangkan jenama perniagaan sebagai entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

“Ini turut memudahkan pengguna mengenal pasti kesahihan dan kewujudan entiti perniagaan serta membina keyakinan pengguna dalam berurus niaga selain mengurangkan kes-kes penipuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan