Search
Close this search box.
Gabungan Parti Sarawak (GPS). Foto: Bernama.

GPS sedia kerjasama dengan mana-mana gabungan bentuk kerajaan stabil – Nanta

KUCHING, 12 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana gabungan yang berupaya membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan memberikan manfaat kepada rakyat, kata Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata GPS sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan enggan berdepan terlalu banyak ketidaktentuan seperti mempunyai beberapa perdana menteri dalam satu penggal seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sejak dahulu lagi, misi kami adalah untuk memastikan Malaysia ditadbir oleh kerajaan semasa yang stabil dan boleh menumpukan kepada pemulihan ekonomi selain mengambil kira segala aspek demi kebaikan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sarawak di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis bahawa Barisan Nasional (BN) memerlukan bantuan daripada rakan BN Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil meskipun beliau yakin BN mampu menguasai lebih 112 kerusi Parlimen pada PRU-15.

“(Selepas pilihan raya) kita akan bertemu (untuk berbincang sebarang tawaran kerjasama antara gabungan) kerana apa yang lebih penting adalah sesiapa sahaja yang kita bekerjasama, kita mesti yakin bahawa kerjasama itu akan bermanfaat kepada negara. Sudah tentu kita mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan,” kata Nanta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan