Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman menyerahkan sumbangan peket beras kepada salah seorang penerima. Foto TVS.

Sektor pertanian dan keselamatan makanan terus jadi tumpuan utama Sarawak

LIMBANG, 10 Nov : Sektor pembangunan pertanian secara mampan dan keselamatan makanan terus menjadi tumpuan utama kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, Dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata bagi menggerakkan sektor agar lebih proaktif kerajaan memutuskan untuk menjenamakan semula Kementerian Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) sebelum ini kepada Kementerian Industri Makanan, Komoditi, Dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD).

Dr Abdul Rahman mengakui sektor pertanian antara industri yang sangat mencabar dalam usaha kerajaan membangunkan ekonomi Sarawak.

“Sebab itulah kita tukar nama pertanian kepada industri makanan dan kita ada juga komoditi merangkumi tanaman-tanaman yang berasaskan industri yang besar seperti kelapa sawit, getah, koko, lada sementara satu lagi pembangunan wilayah iaitu membangunkan bagi kawasan di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Beras, Berasku Berasmu, Anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah (PBSM) Limbang Di Dewan Bunga Raya semalam.

Tambah beliau lagi sektor pertanian telah dikenal pasti sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi Sarawak yang akan terus dibangunkan selari membabitkan penyertaan rakyat negeri ini.

“Di Sarawak ada satu kementerian berbanding di semenanjung ada tiga kementerian, tetapi di Sarawak satu kementerian itu ditukar nama supaya ia lebih fokus membantu rakyat.

“Dari segi M-FICORD, kita perlu tahu perkembangan semasa ini dan memang banyak program-program untuk kementerian ini dilaksanakan,” katanya lagi.

Hadir sama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi PBSM Limbang Chew Sing Liang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan