Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarence Ting Ing Horh. Foto: TVS

PRU-15: Clarence Ting tidak dipaksa bertanding

SIBU, 9 Nov: Clarence Ting Ing Horh menafikan dakwaan bahawa beliau dipaksa menjadi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau menegaskan, tugas sebagai Ahli Parlimen merupakan tanggungjawab yang besar dan perlu dipikul individu berjiwa besar dan berupaya, justeru beliau sanggup menggalas tugas demi penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya kerana jika dipilih sebagai Ahli Parlimen ia jauh lebih mencabar berbanding tugas sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC).

“Saya sentiasa berfikir dengan teliti mengenai tanggungjawab yang perlu saya pikul sebelum bersetuju untuk menggalas komitmen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Randau Skim Pinjaman Rumah Panjang HDC 2022 di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan calon lawannya daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh yang mendakwa Clarence dipaksa bertanding.

Clarance berkata lagi, kepimpinan GPS juga memberi sokongan penuh agar memenangi kerusi berkenaan.

Beliau menyeru para pengundi di Parlimen Sibu untuk memilihnya agar rancangan-rancangan pembangunan di Parlimen Sibu dapat dilaksanakan.

Beliau berhadapan pertarungan tiga penjuru dengan Wong dan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Oscar Ling.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian manakala undi awal pada 15 November. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan