Search
Close this search box.
Dr Hazland menyertai aktiviti berkempen calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri di Kampung Goebilt hari ini

Jambatan Sejingkat bakal ubah landskap sosioekonomi Samarahan-Kuching

ByAmirah Shawel

KUCHING, 10 Nov: Landskap sosioekonomi daerah Samarahan dan Kuching akan berubah wajah ketara dengan siapnya pembinaan projek Jambatan Sungai Sarawak di Sejingkat  menjelang tahun 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata ketika ini peratusan kemajuan yang dicapai projek berkenaan telah mencapai 20 peratus.

“Jambatan ini akan memudahkan penduduk dari Kuching dan Petra Jaya untuk berulang-alik ke Samarahan dan sebaliknya, seterusnya akan mengubah landskap ekonomi di kedua-dua bahagian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membantu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkempen untuk PRU-15 di Kampung Senari di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Hazland optimis kemudahan jambatan itu nanti akan menangani masalah trafik yang dihadapi penduduk di sekitar kawasan tersebut susulan isu kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Ketika ditemui, Dr Hazland turut mengulas mengenai pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Demak Laut iaitu menurut beliau permohonan bagi melaksanakan Projek Perumahan Baru Muara Tabuan sudah diluluskan.

Dr Hazland berkata projek perumahan dengan keluasan 300 ekar tersebut berupaya menampung 600 buah rumah mampu milik.

“Satu lagi adalah projek perumahan di Sejingkat juga masih dalam pelaksanaan dan ada banyak lagi perancangan selepas ini,” katanya.

Jambatan Sungai Sarawak di Sejingkat sepanjang 1.28 kilometer (km)  menelan kos sebanyak RM350 juta mula dibina pada tahun 2021.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan projek tersebut merupakan satu daripada 14 jambatan yang akan melengkapkan jaringan jalan pesisir termasuk rangkaian Jalan Utama Kedua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan