Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairy Jamaluddin secara terbuka mengatakan mahu menjadi Perdana Menteri pada ceramah kempen PRU-15 malam tadi. Foto Twitter Khairy Jamaluddin.

Saya mahu jadi Perdana Menteri – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 9 Nov : Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencetuskan sensasi pada kempen hari keempat apabila secara terbuka mengatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Menerusi ceramah Kata Janji KJ di Saujana Utama malam tadi, beliau berkata pentas berkenaan merupakan waktu yang sesuai untuk meluahkan hasratnya itu.

“Tapi bukan sekarang (jadi Perdana Menteri) kerana kita menang nanti kekanda saya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan jadi Perdana Menteri.

“Saya datang ke kandang naga, 26, 000 majoriti, saya menang kerusi untuk Barisan Nasional, saya mahu pimpin parti dan negara,”kata Menteri Kesihatan itu yang disusuli sorakan penyokongnya.

Namun demikian, Khairy berkata, beliau masih boleh menunggu sebelum impiannya itu terlaksana.

“Saya berumur 46 tahun sekarang, boleh tunggu lagi tetapi jangan lama sangat kerana saya bersedia,”katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, beliau perlu membuktikan di Sungai Buloh dengan ‘memberi’ kerusi kepada BN.

Parlimen Sungai Buloh menjadi salah satu kerusi panas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini apabila tujuh calon tampil menawarkan diri pada hari penamaan calon, Sabtu lepas.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang ‘dihantar’ BN untuk bertanding di situ diramalkan bakal menempuh laluan sukar berikutan Pakatan Harapan (PH) menguasai kerusi itu sejak 2008.

Pada PRU-14, PH menerusi calonnya,  R. Sivarasa menang dengan majoriti 26,634 undi namun Khairy kini dilihat mula meningkatkan momentum kempennya dalam usaha mencipta kejutan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan