Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Kampung Digital TEGAS
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto: Hafiz Lee (TVS)

KDNK sektor pembuatan Sarawak dijangka meningkat RM82 bilion pada 2030

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 9 Nov: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan dijangka meningkat sebanyak RM 82 bilion pada tahun 2030 kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Angka positif berkenaan kata beliau akan melonjak kira-kira 29 peratus berbanding KDNK sektor berkenaan sebelum ini iaitu berjumlah RM31 bilion pada 2019.

Menurut beliau peningkatan ketara itu bakal mengubah struktur ekonomi Sarawak dengan sumbangan lebih tinggi daripada dua sektor berikut melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Sarawak Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Tumpuan diberikan kepada penyusunan semula dan mempelbagaikan ekonomi ke arah industri bernilai tinggi sekali gus mewujudkan masyarakat yang berkembang maju didorong oleh data dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor di Kampung Digital TEGAS, Samajaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari akui, pelbagai cabaran dihadapi semasa penularan wabak COVID-19 sejak dua tahun kebelakangan ini hingga mengakibatkan kemelesetan ekonomi dan mengganggu pasaran serta rantaian bekalan global.

“KDNK menguncup sebanyak 7.1 peratus pada 2020 sebelum meningkat semula kepada anggaran pertumbuhan sebanyak 3.4 peratus pada tahun 2021,” ujarnya.

Walau bagaimanapun jelas beliau permintaan alat elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan peralatan teknologi maklumat meningkat berikutan peralihan kepada ke arah keperluan yang lebih besar dari segi ketersambungan yang amat bergantung kepada industri semikonduktor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan