Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyambut kedatangan atlet SUKMA Paralimpik 2022 di Lapangan Terbang Mukah. Foto: TVS

Atlet Sarawak pecah lapan rekod Paralimpik

MUKAH, 9 Nov: Sarawak berjaya memecah lapan rekod kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Paralimpik Ke-20 yang melabuhkan tirainya pada Ahad lepas.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, lapan rekod tersebut meliputi acara renang, olahraga dan lontar peluru.

“Dalam acara renang, Galang Labai telah memecah rekod untuk renang 50 meter dan 100 meter kuak dada dengan masa 51.55 saat dan 1 minit 56 saat.

“Kho Zhen Wei pula memecah rekod acara renang 50 meter Kupu-Kupu dengan masa 28.2 saat manakala Rusdianto Rusmandi berjaya menamatkan renang 100 meter Kuak Lentang kategori S7-S8 dalam masa 1 minit 25 saat,” kata Fatimah pada Majlis Menghargai Wira dan Wirawati Atlet Para Sukma Dalat.

Sarawak cipta lapan rekod paralimpik baharu

Majlis tersebut diadakan untuk menyambut kepulangan atlet Para Suka Dalat iaitu Ashley Ireneaus Jeck dan Sim Siew Ling yang telah berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak untuk acara badminton dan ping pong.

Atlet Jap Soon Hung telah membuat lontaran peluru sejauh 8.18 meter sekali gus mencatat rekod baharu untuk acara tersebut.

“Bagi acara angkat berat pula, empat orang atlet berjaya memecahkan rekod SUKMA Paralimpik termasuk Bryan Junency, adik kepada Bonnie Bunyau yang memecah rekod abangnya dalam kategori 80 kilogram (kg) dengan rekod 180kg.

Azlan Mos pula memecah rekod kategori 54kg dengan berat 150kg, diikuti Mohd Fuad Alen dengan rekod 130kg dalam kategori 59kg dan Nicodemus Manggoi Moses dalam kategori 88kg dengan rekod 190kg,” tambah beliau

Berkenaan dengan majlis itu pula, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata penemuan bakat Ashley dan Sim dibuat melalui inisiatif ‘Talent Identification’ di bawah kementerian beliau.

Inisiatif tersebut merupakan salah satu daripada 120 inisiatif Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membangunkan bakat muda, baik dalam sukan mahupun kemahiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan