Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarence Ting Ing Horh (tiga dari kanan) bersama penerima sijil penghargaan sukarelawan yang membantu di pusat vaksin Covid-19. Foto: TVS

Walau terkenal di Sibu, Clarence tetap turun padang

SIBU, 8 Nov : Keperibadian Clarence Ting Ing Horh bukan asing lagi di bandar Sibu memandangkan Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Sibu ini merupakan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Kesempatan sudah dikenali masyarakat setempat selama ini, menjadi kelebihan bagi Ting ‘turun padang’ mendekati warga Sibu secara dekat lagi.

“Saya ingin terus bertemu seberapa ramai (masyarakat) yang saya boleh,” katanya sambil menyatakan berada di jalanan pada setiap hari menjadi rutin kempennya.

Selain itu Ting yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pelawan turut mengadakan pertemuan dengan warga Sibu di hadapan pejabat SUPP Cawangan Dudong dan juga di pasar raya Sibu bagi tujuan beramah mesra sambil menyampaikan makna manifesto GPS.

“Strategi ini bagi memastikan saya mendapat sokongan daripada rakyat Sibu selain memberi pemahaman mengapa mereka perlu mengundi GPS,” tegasnya.

Jelasnya GPS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan Sarawak sebagai matlamat utama kepimpinan parti serta paling penting GPS bebas dari kawalan mana-mana parti di Semenanjung Malaysia.

Clarence Ting Ing Horh (kiri) bersama Micheal Tiang Ming Tee (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada sukarelawan yang membantu di Pusat Vaksin Covid-19. Foto: TVS

“GPS merupakan satu parti bebas di Sarawak yang tidak terikat dengan mana-mana parti terdahulu. Inilah mengapa GPS adalah parti yang akan menjaga Sarawak, pesanan inilah yang saya cuba sampaikan kepada orang awam (sepanjang kempen),” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada sukarelawan yang membantu di pusat vaksin covid-19 di sini, hari ini.

Sementara seramai 30 orang penduduk terdiri daripada 30 sukarelawan telah menerima sijil penghargaan mereka pada majlis tersebut yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Micheal Tiang Ming Tee.

Clarence Ting Ing Horh (dua dari kanan) bersama Micheal Tiang Ming Tee (dua dari kiri) menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada sukarelawan yang membantu di Pusat Vaksin Covid-19  hari ini. Foto: TVS

Pada PRU15 ini, Ting akan berdepan tugas getir menentang penyandang kerusi Parlimen Sibu dari DAP, Oscar Ling dan Presiden PSB, Dato Sri Wong Soon Koh dalam pertembungan tiga penjuru. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan