Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah trak pikap penyelenggara lebuh raya di atas Jambatan Pulau Pinang malam tadi. Foto: TVS

Anggota polis selesai tugas pemantauan PRU-15 maut kemalangan

BUTTERWORTH, 8 Nov : Seorang anggota polis terkorban selepas motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah trak pikap penyelenggara lebuh raya di Kilometer 5.3 Jambatan Pulau Pinang arah pulau dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa, Koperal Abu Talib Sarif, 33, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Menurut kenyatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, ketika kejadian, mangsa baru selesai menjalankan tugas pemantauan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di daerah Seberang Perai Tengah di bahagian tanah besar.

“Mangsa dalam perjalanan balik ke rumah di Marin Batu Uban sebelum melanggar belakang kenderaan penyelenggara lebuh raya di kawasan penutup lorong.

“Akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa yang telah berkahwin itu baru bertukar ke Bahagian Siasatan Khas D9 IPK Pulau Pinang pada bulan lalu selepas berkhdimat di Cawangan Trafik IPK Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengambil kesempatan menziarahi jenazah mangsa di Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya di sini.

Jenazah dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan