Search
Close this search box.
Majlis Pelancaran Manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Manifesto GPS. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Sarawak mahu kerajaan yang stabil

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Nov: Kerajaan Sarawak mahu negara ini ditadbir oleh kerajaan yang kuat dan stabil setelah beberapa tahun disia-siakan begitu sahaja.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan seharusnya menumpukan kepada pelaksanaan dasar dan perkhidmatan terbaik yang akan membantu rakyat di negara ini.

“Lebih-lebih lagi pada 2023 sehingga 2024, kita mungkin akan berdepan dengan cabaran ekonomi yang sangat hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Tambah Abang Johari, dunia juga bakal dilanda kemelesetan ekonomi yang turut akan memberi impak kepada Malaysia, termasuk Sarawak.

“Dengan itu, kita perlu ada polisi yang sangat berkesan dan efektif dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi Sarawak,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan