Search
Close this search box.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Datuk Seri Ismail Sabri ketika pengumuman calon BN baru - baru ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

PRU-15 : Ramalan Rafizi kedengaran gempak, sindir Hishammuddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Nov : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan ramalan dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai keupayaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini hanya kedengaran gempak.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, ketika ini ramalan demi ramalan yang ‘keluar’ memasuki tempoh kempen PRU-15.

“Kini, Rafizi cakap PH boleh menang 15 kerusi di Johor pula, bagi saya mudah sahaja, tunggu 19 November ini.

“Biar pengundi di sini (Johor) tentukan,”katanya menerusi hantaran di Instagramnya.

Rafizi menerusi satu ceramah kelmarin berkata, di Johor PH berpotensi untuk menang antara 13 hingga 15 kerusi.

Pada PRU-18, PH memenangi 18 daripada 26 kerusi Parlimen di negeri selatan itu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sembrong berkata, Rafizi juga pernah membuat ramalan tentang keupayaan PH di seluruh negara pada PRU-15 ini.

“Tempoh hari Rafizi ramalkan PH boleh menang 80 kerusi di seluruh negara, kurang 20 kerusi daripada ramalan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

Secara sinis, Hishammuddin berkata, PH yang belum menang PRU-15 sudah memperlihatkan percanggahan.

Menutup tulisannya, Hishammuddin turut menulis tanda pagar tolak PH.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan