Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri

Ideologi Batang Sadong jadi pedoman bangunkan Santubong – Nancy

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Nov: Ideologi pembangunan Batang Sadong akan menjadi pedoman kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Nancy Shukri memimpin parlimen Santubong.

Hasrat sedemikian kata Nancy akan didokong oleh kerjasama rapat bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah kawasan parlimen tersebut iaitu Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak laut.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu ideologi pembangunan parlimennya terdahulu dipecahkan kepada  enam teras iaitu pembangunan infrastruktur, modal insan, sosioekonomi, wanita dan belia, sukan dan kesukarelaan serta kerohanian.

“Saya memang komited dengan teras yang saya susun supaya tidak lari daripada apa yang telah ditetapkan. Kita berjanji bukan bermaksud berjanji untuk pilihan raya tetapi berjanji dengan diri sendiri tentang apa yang akan dilaksanakan”, katanya.

Nancy berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya N3 Tanjong di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, kerjasama yang erat bersama ADUN-ADUN di tiga kawasan dalam parlimen Santubong adalah mustahak agar rancangan pembangunan yang telah ditetapkan perlu selari serta tidak syok sendiri.

Pada masa sama, produk-produk pembangunan yang telah dirancang untuk kawasan parlimen berkenaan tegas Nancy dapat digandakan agar memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

“Berlakunya pembaziran sekiranya hanya mengikut rancangan sendiri tanpa merujuk kepada pelan yang telah diatur oleh ADUN kita”, ujar beliau.

Terdahulu, majlis telah menyaksikan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan memperkenalkan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan DUN tersebut kepada Nancy. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan