Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parlimen Kanowit menyaksikan pertandingan lima penjuru pada PRU-15, kerusi paling ramai calon bertanding di Sarawak.

PRU15: Lima penjuru bertembung di Kanowit

ByMadeline Dugat

KANOWIT, 5 Nov : Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Kanowit menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk tiga calon Bebas.

Pertembungan itu turut menyaksikan penyandang kerusi iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Aaron Ago Dagang tampil untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU-14 lalu.

Aaron menjadi calon terawal tiba iaitu pada jam 9 pagi diiringi pencadang Ron anak Ugai dan penyokong Ugap anak Seribu.

Kemudian diikuti kehadiran calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Fauzi AbdullahH, (PKR) dan tiga calon Bebas iaitu Micheal Lias , George Chen, dan Elli Luhat.

Perkarangan Pejabat Daerah Kanowit dibanjiri penyokong parti masing-masing iaitu seramai 100 orang seawal jam 7 pagi sebagai tanda sokongan kepada calon pilihan mereka.

Untuk rekod, keluasan Parlimen Kanowit adalah  2,187 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 24,700 orang sementara jumlah pengundi di Parlimen Kanowit adalah seramai 30,988 orang.

Parlimen Kanowit mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu , DUN Ngemah dan DUN Machan.

Pada PRU Ke-14 yang lalu, Parlimen P.210 Kanowit telah dimenangi oleh Datu Aaron Ago Dagang dengan 9,552 undian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan