Search
Close this search box.
Dari kiri ke kanan, Michael, Chen, Aaron, Elli dan Mohd Fauzi. Foto: TVS

PRU-15: Undi18 tidak beri kelebihan di kerusi Parlimen Kanowit

SIBU, 5 Nov: Lima calon bagi kerusi Parlimen Kanowit yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini berkemungkinan besar tidak akan mendapat banyak undi daripada Undi18 dan mereka yang berumur 19 dan 20 tahun.

Penyandang kerusi Parlimen Kanowit, Dato Aaron Ago Dagang,64, berkata, terdapat kira-kira 10,000 pengundi baharu termasuk Undi18 dan mereka yang berusia 19 dan 20 tahun di Kanowit.

“Kebanyakan mereka tidak tinggal di sini kerana bekerja  atau belajar  di luar, kita berharap pengundi baharu ini akan kembali ke Kanowit untuk membuang undi pada Hari Mengundi 19 November ini,” katanya ketika ditemui selepas prose penamaan calon hari ini,

Mengenai kebarangkalian berlakunya banjir besar di kawasan luar bandar Kanowit, beliau berkata, agensi berkaitan akan digerakkan untuk membantu penduduk ke Pusat Mengundi untuk mengundi.

“Saya akan berkempen mengikut manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS), ” katanya yang merupakan Ahli Parlimen empat penggal sejak 2004.

Pada PRU-15 ini, kerusi Parlimen Kanowit menyaksikan pertembungan lima penjuru, Aaron yang merupakan penyandang akan ditentang empat calon, seorang daripada Pakatan Harapan dan tiga calon Bebas.

Pertembungan lima penjuru itu termasuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Fauzi Abdullah @ Joseph Nyambong, 61, dan tiga calon Bebas iaitu Dr Elli Luhat, 65, Chen Nyuk Fa, 60, dan Michael Lias, 61.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerusi Parlimen Kanowit mempunyai keseluruhan seramai  30,998 pengundi iaitu merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah 14,109 pengundi dan Machan 16,879 pengundi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan