Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GPS bertembung PH di Limbang

PRU-15: Satu lawan satu di Limbang

ByAkma Salleh

LIMBANG, 5 Nov: Kerusi Parlimen Limbang menyaksikan persaingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Pertembungan itu turut menampilkan sekali lagi Datuk Hasbi Habibollah yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS)  mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU-14.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Limbang Petrick Linggie Taboh.

Hasbi tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Limbang pada jam 8.49 pagi diiringi oleh pencadang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan penyokong ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Sementara lawannya, calon Pakatan Harapan (PH) Racha Balang kelihatan tiba lebih awal pada jam 8.25 pagi diiringi Brahim Matali sebagai pencadang dan Jeffrey Kunjan sebagai penyokong.

Terdahulu perkarangan Dewan Suarah Limbang dibanjiri sekitar 1,000 penyokong GPS seawal jam 7 pagi.

Untuk rekod, Hasbi menyandang kerusi Parlimen Limbang selama tiga penggal berturut-turut sejak 2008.

Pada PRU-14 beliau berjaya mempertahankan kerusi parlimen Limbang dalam pertembungan satu lawan satu dengan majoriti 7,710 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Ricardo Yampil Baba yang hanya meraih 4,879 undi.

Untuk tahun ini, seramai 41,999 pemilih layak mengundi di kerusi parlimen Limbang.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found