Search
Close this search box.
Dari kiri Hamidi Abu Hassan, Siti Mastura Mohammad, Danial Abdul Majeed dan Reezal Merican Naina Merican yang diumumkan calon Parlimen Kepala Batas pada PRU-15 ini. Foto TVS.

PRU-15 : Reezal Merican berdepan tiga lawan di Kepala Batas

SEBERANG PERAI UTARA , 5 Nov : Kerusi Parlimen Kepala Batas menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Penyandang kerusi itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mewakili BN akan dicabar oleh PN yang mempertaruhkan Dr. Siti Mastura Mohamad.

PH pula meletakkan calon berusia 26 tahun dari parti MUDA, Danial Abdul Majeed manalala Pejuang menampilkan Hamidi Abu Hassan.

Pencalonan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kepala Batas, Zulkifli Rashid di pusat penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Pada PRU-14, Reezal Merican menang dengan memperoleh majoriti 5,736 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan