Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi sokongan kepada Dato Sri Fadillah Yusuf di Pusat Penamaan Calon P194 Petra Jaya, di sini, pagi tadi. Foto: Burhanuddin Kamel

PRU-15: Rakyat usah termakan janji parti politik tidak menentu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 Nov: Rakyat diingatkan tidak termakan dengan janji parti politik yang tidak menentu berikutan hasrat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu melihat negara ditadbir oleh kerajaan stabil setelah hampir empat tahun disia-siakan.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertegas tempoh berkenaan membuatkan masa rakyat terbuang begitu sahaja melayan karenah politik yang tidak seimbang di peringkat Persekutuan.

“GPS akan menekankan Sarawak sebagai sebuah wilayah, meletakkan dasar dan hal-hal berkaitan Sarawak serta kepentingan ini dapat diteruskan dengan kerjasama kerajaan persekutuan,” katanya ketika ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon P194 Petra Jaya, di sini, pagi tadi.

Menekankan sekali lagi, amalan berpolitik selepas ini harus menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutamanya pada 2023 sehingga 2024 ekoran tahun mendatang negara mungkin bakal berdepan dengan cabaran ekonomi yang sangat hebat.

Mengulas mengenai aktiviti berkempen semasa Pilihan raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, Premier Sarawak itu juga berharap keseluruhan proses akan berjalan lancar dan penuh tertib.

Menurutnya hari ini beliau menyaksikan banyak kawasan yang dipertandingkan mempunyai cabaran antara dua hingga lima penjuru.

“Proses demokrasi ini bakal memberi ruang kepada rakyat Sarawak untuk memilih calon-calon yang akan memperjuangkan dan mempertahankan hak kita melalui perundingan Perjanjian Malaysia (MA63),” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan