Search
Close this search box.
Dari kiri, Nurul Izzah Anwar, Mohd. Nasir Othman, Muhammad Fawwaz Mat Jan dan Datuk Mohd Zaidi Mohd Said selepas diumumkan calon yang bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini. Foto TVS

PRU-15 : Nurul Izzah dicabar tiga calon di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM, 5 Nov : Penyandang Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pencalonan mereka hari ini.

Proses penamaan calon bagi parlimen berkenaan diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di sini.

Calon pertama dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd. Nasir Othman tiba pada pukul 8.42 pagi, diikuti Nurul Izzah pada pukul 8.50 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tiba pada pukul 9 pagi dan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan tiba pada pukul 9.03 pagi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Muzkhairil Muhamad.

Pada PRU-14, Nurul Izzah memenangi kerusi itu dengan majoriti 15,668 undi selepas memperolehi 35,634 undi menewaskan calon BN, Mohd. Zaidi (19,886) dan wakil Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudeen (14,428 undi). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan