Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga penjuru di Stampin

PRU-15: Khere Chiang dicabar PH dan PSB di Stampin

KUCHING, 5 NOV: Parlimen Stampin menyaksikan muka baharu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lo Khere Chiang bakal berdepan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen.

Pertembungan juga disertai oleh Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Lue Cheng Hing menjadikan parlimen ini digelar antara ‘kerusi panas’.

Terdahulu Khere Chiang diiringi pencadangnya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta penyokong ADUN kota Sentosa Wilfred Yap tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8:48 pagi.

Kira-kira 300 penyokong GPS hadir di Pusat penamaan calon, Majlis Perbandaran Padawan pada pagi tadi untuk menyemarakkan semangat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Direkodkan seramai 121,009 pengundi layak mengundi di Kerusi Parlimen Stampin tahun ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan