Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati selepas perasmian Program Sarawakku Sayang di Dewan Suarah Sibu, hari ini.

Kerajaan Sarawak rangka pembangunan inklusif untuk Sibu

ByMadeline Dugat

SIBU, 4 Nov : Kerajaan Sarawak merangka pembangunan inklusif bagi bandar Sibu seiring keperluan setempat agar memberi impak positif kepada rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelan jangka panjang yang dirancang akan merancakkan lagi pembangunan di seluruh negeri ini bertepatan dengan perancangan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030).

Namun begitu tegas beliau, inisiatif pembangunan wajar berdasarkan kesesuaian setempat agar infrastruktur akan memberi manfaat secara mampan kepada setiap lapisan masyarakat.

“Projek pembangunan di sesuatu kawasan perlukan perancangan yang rapi kerana mengambil kira dari segala aspek yang perlu diberi perhatian.

“Tidak semestinya saya mengumumkan hari ini, esok sudah ada datang. Kita perlu kenalpasti, kita perlu penglibatan konsultant dunia bersama dengan konsultant tempatan untuk (pembangunan) Sibu.Ini kerana tanah sini banyak air. Kita kena kenalpasti betul supaya tidak menjadi tempat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sarawakku Sayang di di Dewan Suarah Sibu, disini, hari ini.

Abang Johari berkata, walaupun mengambil masa untuk pembangunan Sibu namun beliau percaya wajah bandar Sibu berupaya ditransformasikan seperti  negara Belanda.

“Kalau Belanda boleh, apa Sibu tidak bolehkah? Sibu pun boleh macam Belanda. Tapi kita berkehendakkan mereka yang mahir dan pakar,” ujarnya.

Justeru beliau optimis wajah baharu Sibu akan merangsang ekonomi setempat sekali gus melonjakkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini.

“(Tempoh) ia boleh ambil tempoh dalam 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun dalam kita membangunkan Sibu,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan