Search
Close this search box.
Eric Tay Tze Kok, calon baharu GPS di kerusi Parlimen Bandar Kuching
Calon baharu GPS di kerusi Parlimen Bandar Kuching, Eric Tay Tze Kok, . Foto: TVS

PRU-15: GPS letak harapan tinggi Eric Tay rampas kerusi Bandar Kuching

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 3 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletak harapan yang tinggi kepada calon baharu bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching, Eric Tay Tze Kok, 44, untuk merampas kembali kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Katanya, kepercayaan yang diberikan oleh GPS untuk bertanding di kerusi tersebut merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya berasa amat bangga dan akan berusaha membuat yang terbaik pada PRU-15 bagi  memenangi kerusi ini walaupun Parlimen Bandar Kuching sememangnya merupakan kawasan yang sukar untuk dimenangi.

“Saya percaya jika kita semua bekerjasama demi masa depan rakyat Sarawak, kita akan mampu merampas kerusi ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada Calon-Calon PRU-15 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Bandar Kuching dimenangi Dr Kelvin Yii dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan majoriti sebanyak 35,973 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan yang memperoleh 12,575. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan