Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dicalonkan semula GPS di kerusi Parlimen Kapit
Sapit Menteri Besai ke mega Menteri Kereja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi . Foto: TVS

PRU-15: Alexander Nanta tidak berhadapan masalah pertahan kerusi Parlimen Kapit

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 3 Nov: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi yakin tidak berhadapan masalah mempertahankan kerusi Parlimen Kapit yang disandangnya selepas dicalonkan semula di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Katanya, keyakinan tinggi itu berdasarkan pengalaman yang dimilikinya sepanjang tempoh beliau menjadi wakil rakyat di Kapit.

“Saya bukan sehari dua (menjadi Ahli Parlimen Kapit), tetapi memang sudah ada mekanisme atau sistem yang diwujudkan melalui pusat-pusat khidmat di sana.

“Penolong dan Pegawai Khidmat saya sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan berkenaan, disebabkan itu saya mempunyai keyakinan memenangi kerusi itu sekali lagi kali ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada Calon-Calon PRU-15 GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Katanya, GPS sentiasa bersiap- sedia menghadapi pilihan raya setiap masa demi kepentingan rakyat.

“Pada pilihan raya ini, kita akan pastikan kesiapsiagaan jentera GPS dan akan buat yang terbaik untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Pada PRU-14, Parlimen Kapit dimenangi Alexander Nanta di bawah Barisan Nasional (BN) ketika itu dengan majoriti sebanyak 10,479 undi, menewaskan calon Paren Nyawi dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan