Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Dato Sri Nancy Shukri pada Majlis Makan Malam WAK 2022 After Party di Kuching pada Isnin malam.

WAK realisasikan impian Kuching sebagai ‘Bandar Pesta’

KUCHING, 1 Nov : Festival What About Kuching (WAK) 2022 yang menjadi festival ikonik dalam kalendar acara pelancongan di Sarawak merealisasikan impian menjadikan bandar raya Kuching sebagai sebuah ‘Bandar Pesta’

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival tahunan edisi keempat turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak sebagai penaja rasmi melabuhkan tirai semalam selepas berlangsung selama sebulan.

“Kuching sememangnya menjadi bandaraya festival yang kita idam-idamkan, saya amat berbesar hati berada di sini bersama untuk meraikan WAK 2022.

“Selepas berbulan-bulan bekerja keras dan cabaran yang dihadapi, saya sangat gembira untuk mengetahui bahawa WAK 2022 telah berjaya dipentaskan walaupun terdapat beberapa gangguan kecil yang dihadapi sepanjang perjalanan,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam WAK 2022 After Party di sini, malam tadi.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri.

Abdul Karim berharap dengan kejayaan festival itu mampu meningkatkan lagi industri pelancongan di Sarawak pada masa akan datang.

“Tahniah kepada WAK 2022 dan rakan usaha samanya kerana mengadakan acara pada standard yang tinggi. 

“Ini merupakan petanda baik untuk Industri Kreatif dan Seni Persembahan seperti mana kita berusaha untuk mencapai piawaian antarabangsa pada masa hadapan,” ujarnya.

Katanya, WAK 2022 sememangnya telah bermula lama sejak acara sulungnya pada tahun 2017. 

“Saya dapat melihat bahawa ini adalah platform yang sangat baik untuk meletakkan bandar dan negeri kita ke dalam peta festival global pada tahun-tahun akan datang,” tambahnya.

Untuk rekod, WAK 2022  berlangsung mulai 1 Oktober yang lalu dengan pelbagai aktiviti dan program menarik di pelbagai lokasi di Kuching yang menyasarkan kehadiran masyarakat tempatan mahupun dari luar Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan