Search
Close this search box.
Majlis Pelancaran Simposium Penyelidikan dan Pembangunan SRDC 2022, di Hotel UCSI, Kuching
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Pelancaran Simposium Penyelidikan dan Pembangunan (SRDC) 2022, di Hotel UCSI, Kuching.hari ini Foto: Hafiz Lee (TVS)

SIDC bernilai RM200 juta mula beroperasi 2024

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Nov: Kerajaan Sarawak komited meningkatkan taraf penyelidikan bioperubatan dengan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi membina Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SIDC bakal dilengkapi dengan kemudahan penyelidikan bioperubatan bertaraf dunia seperti makmal Bio-Safety Level 3 (BSL3) akan mula beroperasi menjelang Disember 2024.

“Pusat itu juga akan disediakan dengan kelengkapan peranti dan mesin terkini termasuk program analitik untuk melakukan penyelidikan.

“Pada masa yang sama, ia boleh digunakan sebagai penerokaan sumber biodiversiti kita dalam menghasilkan produk perubatan, termasuk penghasilan vaksin kerana kita telah belajar daripada penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Simposium Penyelidikan dan Pembangunan (SRDC) 2022 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, program itu akan menyaksikan perkongsian rapat antara SIDC dengan Institut Kesihatan Tropika dan Awam Switzerland, Imperial College London, Universiti Oxford dan Monash Univeristy (Malaysia).

“Kerajaan Sarawak turut bersetuju memberikan RM8 juta kepada SIDC bagi memulakan pelbagai program penyelidikan dan program pembangunan insan.

“Kita berusaha mencipta peluang pekerjaan bagi saintis Sarawak untuk kembali dan menyumbang kepada pembangunan industri bioperubatan di sini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan