Search
Close this search box.
Semua rayat dipinta seruran bejejaga taja standard atur pengawa (SOP) ditenduka, pia ku chairman Komiti Penyangga Penusah Ngenyit (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Sarawak masih bebas daripada COVID-19 Subvarian Omicron XBB

ByTiana Azni

KUCHING, 3 Nov: Sarawak masih bebas daripada ancaman gelombang Covid-19 Subvarian Omicron XBB setakat penghujung September, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) di Universiti Malaysia Sarawak sedang mengawasi penularan gelombang wabak itu susulan penemuan subvarian Omicron XBB di negara ini.

“Institut tersebut kini sedang menjejaki varian SARS-CoV-2 yang menular di negeri Sarawak sebagai langkah pengawasan negara,” katanya.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata demikian selepas menerima laporan terkini kes positif COVID-19 dan laporan dari Pengarah IKPK, Prof. Dr. David Perera di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, menurut Dr. David sejumlah 463 sampel kes positif COVID-19 yang direkodkan dari seluruh negeri telah berjaya diperoleh dari 14 Julai hingga 27 September 2022.

Tambahnya lagi, kesemua sampel tersebut dikesan sebagai B.1.1.529 Omicron Variant of Concern (VOC).

“Sejumlah 402 daripada keseluruhan sampel telah dikenal pasti sebagai BA.5, tiga lagi adalah BA.4.1 (dua kes daripada Kuching dan satu kes daripada Sibu), dan 58 kes adalah BA.2 iaitu tiga daripadanya adalah sub-keturunan BA.2.75,” jelas beliau lagi tiada kes sub-keturunan BA.2.75.2 dikenal pasti.

Beliau juga menjelaskan sejak laporan pengawasan pada Julai lalu, Omicron BA.5 kini muncul sebagai varian SARs-CoV-2 paling dominan di Sarawak dengan jangkitan lebih kurang 97 peratus kes positif pada September lalu.

Melihat situasi semasa, Dr. David menasihati masayarakat untuk berhati-hati dengan risiko peningkatan kes dan kadar jangkitan di negeri ini.

Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan pengambilan dos penggalak terutama individu yang berkomobiditi, berumur 50 tahun keatas dan yang hanya menerima satu dos mRNA vaccine. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan