Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais. Foto: TVS

Posa sedia lepas jawatan Presiden FAS

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 2 Nov: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merangkap Pengerusi Sarawak United FC, Dato Posa Majais bersedia untuk menyerahkan jawatanya kepada mereka  yang berminat dan bertanggungjawab menerajui persatuan itu.

Katanya, mereka yang berminat boleh berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi bagi mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

“Saya mengalu-alukan individu yang berminat untuk menggalas tanggungjawab menjadi FAS dan Pengerusi Sarawak United (SUFC) untuk datang ke pejabat saya bagi membincangkan mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengenai lesen  kelab itu, katanya,  pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua urusan tadbir urus berjalan dengan lancar.

“Berkenaan dengan keputusan sama ada lulus atau tidak mengenai perlesenan kelab pada tahun hadapan, pihak SUFC terpaksa akur dengan keputusan jawatankuasa rayuan,” katanya .

Posa turut mengingatkan bakal penganti di tempatnya supaya menjaga lima pasukan utama di bawah pasukannya iaitu Senior Team-Liga Super, Pasukan bawah 23-SUFC, Pasukan bawah 20-SUFC, Pasukan bawah 18-SUFC, Futsal lelaki-SUFC dan Futsal wanita-SUFC yang memerlukan perbelanjaan yang besar dalam setahun.

Katanya lagi, urus tadbir pasukan SUFC juga memerlukan dana kewangan yang besar bagi memastikan kesemua pasukan boleh beraksi dalam penganjuran Liga Malaysia.

“Jika ada dana kewangan yang besar tidak mustahil ia boleh menjadi pencetus semangat untuk kembali ke kancah Liga Super 2024,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan