Search
Close this search box.
Dato Ir. Janang Bungsu ketika menjadi tetamu Malaysia Decides hari ini.

GPS dukung slogan ‘Sarawak First’ – Janang Bungsu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memberi keutamaan dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui konsep ‘Sarawak First’.

Menurut Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Ir. Janang Bungsu, konsep ‘Sarawak First’ penting bagi Sarawak terutama dalam landskap politik negara yang banyak berubah dari segi kepimpinan.

“Slogan ‘Sarawak First’ apabila ketika GPS mula dibentuk adalah untuk sentiasa meletakkan Sarawak sebagai perkara pertama.

“Hal ehwal Sarawak merangkumi rakyat dan kawasan di mana kita harus menyematkan akan kepentingan dan manfaat Bumi Kenyalang yang kita cinta ini.

“Apa yang saya ingin suarakan di sini, di mana pun peringkat kita dan kelebihan yang kita ada dari segi politik, sosioekonomi dan pembangunan dan apa kepentingannya kepada Sarawak, itulah yang dimaksudkan dengan ‘Sarawak First’,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Malaysia Decides terbitan TVS di sini, hari ini.

Sementara itu, ujarnya konsep Sarawak First ini juga mampu mendekatkan pemimpin dengan golongan muda dengan menyemak semangat kekitaan.

“Penerapan nilai ‘sense of belonging’ (nilai kekitaan) di sini maksudnya kita memberi pendekatan dengan membuka peluang dan ruang kepada golongan muda dengan memberi penglibatan kepada mereka seperti menyertai program-program anjuran kerajaan.

“Saya melihat penglibatan anak muda dan para menteri termasuk Premier (Sarawak) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika Lan Berambeh di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 15 Oktober lalu.

“Melalui penglibatan itu, termasuk sesi soal jawab bersama para menteri, dapat dilihat bahawa kerajaan yang memimpin pada hari ini prihatin dengan keperluan mereka. Maklum balas dari pihak kepimpinan cukup menunjukkan keprihatinan kepada keperluan anak muda.

“Inilah hasil dari polisi yang kita buat dan mengapa kerajaan Sarawak berjuang untuk Sarawak, kerana kita mengamalkan apa yang termaktub dalam MA63.

“Hasilnya boleh dinikmati walaupun perjuangan kita belum dicapai sepenuhnya tetapi kita sudah menunjukkan beberapa kemajuan dimana beberapa perkara yang kita sudah perolehi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan