Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman. Foto: Awang Azmil TVS

Wakil rakyat GPS sentiasa kongsi inisiatif Premier Sarawak di kawasan masing-masing

ByAmirah Shawel

KUCHING, 31 Okt : Wakil rakyat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sering memainkan peranan dalam berkongsi maklumat mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan kepada rakyat di kawasannya.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata selain wakil rakyat, anggota masyarakat juga boleh memainkan peranan berkongsi cerita mengenai rancangan yang dirangka dan telah dilaksana kerajaan.

“Dengan pendekatan holistik (semua pihak memainkan peranan) seperti ini baharulah inisiatif-inisiatif kerajaan dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh rakyat Sarawak secara keseluruhannya,” katanya selepas menjadi tetamu jemputan untuk program Malaysia Decides terbitan TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, setakat ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperkenalkan 120 inisiatif bertemakan ‘Demi Rakyat’.

Antaranya ialah cadangan penubuhan dana kekayaan berdaulat yang akan memberi manfaat kepada Sarawak.

Pada majlis makan malam ulang tahun kelima The Development Bank of Sarawak (DBOS) di sini pada 29 Oktober, beliau berkata cadangan dana itu yang dijangka dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan depan, juga akan diuruskan secara profesional.

Beliau berkata menerusi dana itu, Sarawak melihat kepada usaha menyediakan pendidikan berkualiti dan percuma kepada anak Sarawak serta untuk menghantar bakat muda ke universiti terkemuka dunia untuk mencari ilmu dan kemahiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan